AHMAD ZAHID KEMUKA REPRESENTASI MOHON GUGURKAN 47 PERTUDUHAN
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sebutan perbicaraan membela dirinya di Mahkamah Tinggi hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, memohon Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, untuk menangguhkan prosiding hari ini sementara menunggu keputusan Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun (berhubung representasi itu).
“Kami telah menulis surat representasi pada Januari dan kami telah menghantar kesinambungan dan representasi baharu dengan beberapa fakta dan bukti baharu berhubung pertuduhan itu kepada AGC pada Februari.
“Pendakwaan telah menjawab, mereka tidak mempunyai bantahan (untuk menangguhkan perbicaraan) bagi pihak mereka, memandangkan representasi itu mempunyai 200 halaman dan mereka memerlukan masa untuk mempertimbangkannya,” katanya.
Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juga ringgit dana milik YAB.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berkata beliau mendapat arahan daripada Idrus untuk tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.
“Dalam surat representasi yang dikemukakan kepada kami, terdapat beberapa peringkat iaitu pertama pada Januari, kemudian pada 14 Feb ada beberapa dokumen diserahkan kepada kami yang kesemuanya lebih 200 muka surat.
“Selepas meneliti representasi yang panjang lebar dan mengandungi isu kompleks, kami diarahkan untuk tidak membantah permohonan tersebut (tangguh bicara) kerana pihak pendakwaan memerlukan masa yang munasabah untuk mempertimbangkan (representasi),” katanya.
Ditanya Sequerah berapa lama masa yang diperlukan untuk meneliti representasi tersebut dan membuat keputusan, Abdul Malik berkata pihaknya memerlukan lebih masa kerana permohonan penangguhan perbicaraan disertakan bersama surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada Idrus bertarikh 20 Feb.
Menurut Abdul Malik, surat tersebut menyatakan bahawa SPRM menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti baharu yang dikemukakan pihak pembelaan.
“Pihak kami tidak menerima maklumat berhubung siasatan lanjut SPRM, bagaimanapun pendakwaan memerlukan keputusan siasatan berkenaan untuk memutuskan permohonan representasi.
“Kami tidak tahu sama ada mereka (SPRM) sudah memulakan siasatan atau belum, oleh itu bagi melengkapkan keseluruhan proses, kami memerlukan hasil keputusan siasatan,” katanya.
Selain itu, Abdul Malik berkata pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya keputusan representasi diputuskan sebelum tarikh perbicaraan seterusnya.
Hamidi kemudian berkata pihaknya memohon perbicaraan selama 16 hari iaitu pada April hingga Julai yang telah ditetapkan sebelum ini dilapangkan sementara menunggu maklum balas daripada peguam negara terhadap representasi tersebut.
Sequerah membenarkan perbicaraan kes hari ini ditangguhkan dan melapangkan tarikh perbicaraan pada April hingga Julai.
Mahkamah juga mengekalkan tarikh perbicaraan pada Ogos iaitu 1 hingga 3, 7 hingga 10 dan 21 hingga 24 manakala tarikh baharu perbicaraan ditetapkan pada 4 hingga 8 Sept, 30 dan 31 Okt, November pada 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 manakala Disember pada 11 hingga 15.
Ahmad Zahid yang berpakaian sut hitam tiba di mahkamah pada 9 pagi.
Perbicaraan kini di peringkat pembelaan. Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil enam saksi termasuk Ahmad Zahid sendiri untuk memberi keterangan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked