JAKIM SALUR KESELURUHAN RM150 JUTA NAIK TARAF 1,250 SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAHUN INI
Kerajaan telah menyalurkan 100 peratus peruntukan sebanyak RM150 juta tahun ini untuk menyelenggara dan menaik taraf 1,250 sekolah agama rakyat (SAR) di seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan 100 peratus peruntukan sebanyak RM150 juta tahun ini untuk menyelenggara dan menaik taraf 1,250 sekolah agama rakyat (SAR) di seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 820 sekolah agama dan 430 premis Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menerima manfaat melalui agihan RM87.07 juta manakala RM62.93 juta disalurkan kepada institusi pendidikan Islam lain yang terpilih.
“Bermula 2023 hingga 2025, Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM370 juta kepada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
“Sepanjang tempoh tersebut, jumlah peruntukan yang disalurkan ialah RM100 juta pada 2023, 2024 sebanyak RM120 juta dan RM150 juta pada 2025, nampak kenaikan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) mengenai jumlah bantuan disalurkan kepada SAR bagi 2025 pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli berkata skop bantuan merangkumi aspek keselamatan, infrastruktur, pencegahan kebakaran, pendawaian elektrik, penyelenggaraan bangunan serta sistem perpaipan, dan inisiatif itu akan diperkukuh pada tahun 2026.
Menjawab soalan tambahan Ahmad mengenai mekanisme bagi memastikan agihan seimbang antara sekolah agama di bandar dan luar bandar, beliau berkata bantuan disalur berdasarkan keperluan institusi bukan semata-mata lokasi untuk memastikan ia diterima oleh pihak yang benar-benar memerlukan.
Zulkifli berkata permohonan dibuat sendiri oleh institusi pendidikan Islam sebelum dinilai melalui peringkat jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa induk bagi memastikan ketelusan serta kesesuaian peruntukan.
Beliau berkata taburan bantuan disalurkan secara seimbang berdasarkan keperluan pelbagai kategori institusi merangkumi 76 pondok swasta, 274 tahfiz swasta, 820 sekolah agama dan 430 kelas KAFA di seluruh negara.
Menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai insiden 80 murid di Puchong tidak dapat menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Zulkifli berkata pengusaha sekolah agama swasta disaran memastikan institusi mereka berdaftar bagi menjamin kelayakan peperiksaan serta memelihara kebajikan dan keselamatan pelajar.
Mengenai bantuan khusus kepada sekolah agama swasta, beliau berkata sokongan melalui peruntukan RM150 juta telah memberi manfaat meluas manakala bantuan tambahan tertakluk kepada dasar negeri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.