KERJASAMA NEGERI, PERSEKUTUAN PENTING BAGI PEMBANGUNAN KEMUDAHAN LEBIH BAIK- PM
Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan pembangunan kemudahan awam yang lebih baik termasuk pembinaan hospital untuk rakyat di Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TAWAU: Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan pembangunan kemudahan awam yang lebih baik termasuk pembinaan hospital untuk rakyat di Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan wakil rakyat yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat dan memahami masalah yang dihadapi masyarakat merupakan faktor penting dalam memastikan kelangsungan pembangunan.
“Kerjasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sangat penting, sebab itu Kerajaan MADANI dalam tiga tahun ini, kita kata apa yang tertangguh selesaikan dahulu,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau di sini hari ini yang turut dihadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.
Anwar berkata kerangka pembangunan negara MADANI mengutamakan pendidikan dan kesihatan sebagai sektor terpenting, berbeza dengan banyak negara lain yang lebih menumpukan aspek pertahanan serta projek mega.
“Banyak negara lain menumpukan kepada aspek pertahanan ataupun aspek-aspek lain, projek-projek mega, bangunan tinggi atau jambatan panjang yang membanggakan tetapi dalam Kerajaan MADANI, kita tumpu dua aspek terpenting iaitu pendidikan dan kesihatan.
“Bila hospital ini siap, saya tanya pengarah hospital, apa kapasiti menampung pesakit?… katanya sudah penuh, jadi saya arahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan untuk lihat perkara ini, tambah lagi kemudahan,” katanya.
Anwar turut menyentuh mengenai isu doktor kontrak yang menurut beliau diwarisi daripada kerajaan terdahulu tetapi Kerajaan MADANI sudah hampir menyelesaikan masalah berkenaan yang membabitkan 10,000 doktor.
“… saya bersyukur kerana dengan bantuan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kita selesaikan hampir keseluruhan masalah doktor kontrak yang riuh rendah dulunya, begitu juga soal elaun,” katanya.
Perdana Menteri turut mengulangi komitmen kerajaan dalam menangani isu beban tugas dan kebajikan penjawat awam termasuk menaikkan gaji setelah 12 tahun tiada kenaikan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests