Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAGI KES MENDAPAN JALAN BERHAMPIRAN MASJID INDIA

UTAMA

LAGI KES MENDAPAN JALAN BERHAMPIRAN MASJID INDIA

Satu lagi insiden mendapan permukaan jalan dilaporkan berlaku berhampiran kawasan Masjid India di Kuala Lumpur hari ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam serta pengguna jalan raya di kawasan terbabit.

Sumber: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Satu lagi insiden mendapan permukaan jalan dilaporkan berlaku berhampiran kawasan Masjid India di sini hari ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam serta pengguna jalan raya di kawasan terbabit.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan kejadian itu berlaku di Jalan Bonus, berhadapan premis Bombay Jewellery pada 8.39 pagi.

Menurut kenyataan itu, pasukan DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal dan menilai tahap risiko struktur di kawasan berkenaan.

“Bagi tujuan keselamatan, Jalan Masjid India telah ditutup sementara kepada semua kenderaan, bermula dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) hingga ke kawasan yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

DBKL menegaskan keselamatan orang awam menjadi keutamaan, dan kerja-kerja pemantauan serta pemeriksaan teknikal sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca mendapan tersebut.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Kejadian terbaharu ini menyertai siri insiden mendapan yang dilaporkan berlaku di sekitar pusat bandar dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadaan sistem bawah tanah dan tahap ketahanan infrastruktur lama di kawasan berintensiti tinggi seperti Masjid India.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading