Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM SIASAT PEMPENGARUH CIPTA KANDUNGAN MENYIMPANG DARIPADA AJARAN ISLAM

DALAM NEGARA

JAKIM SIASAT PEMPENGARUH CIPTA KANDUNGAN MENYIMPANG DARIPADA AJARAN ISLAM

“Ramai (pempengaruh) telah dikenal pasti dan dipanggil kerana disyaki menyimpang jauh ataupun sesat. Cuma, kita tak buat liputan meluas, namun semua itu ada dalam pemantauan di peringkat JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri.”

Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee –fotoBERNAMA

KUALA KANGSAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan siasatan terhadap beberapa pempengaruh kerana disyaki mencipta kandungan yang menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata siasatan berkenaan bagi mengumpul maklumat untuk mencegah berlakunya kekeliruan dalam masyarakat membabitkan hal keagamaan.

“Ramai (pempengaruh) telah dikenal pasti dan dipanggil kerana disyaki menyimpang jauh ataupun sesat. Cuma, kita tak buat liputan meluas, namun semua itu ada dalam pemantauan di peringkat JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri. 

“Kita seru umat Islam supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI JAKIM di Kampung Menora bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Menora di sini hari ini.

Sirajuddin berkata pihaknya juga telah mewujudkan JAKIM Untuk Ummah (JUM), sebuah unit  berperanan dalam memberi kefahaman kepada umat Islam tentang pelbagai perkara melibatkan aspek keagamaan di media sosial.

“JUM ini kita wujudkan bagi menjelaskan sebarang isu yang menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat terutama membabitkan hal-hal sensitif,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Sirajuddin berkata program Pelancaran Kampung Angkat MADANI JAKIM itu bertujuan meningkatkan pembangunan dan penjanaan ekonomi setempat di Kampung Menora.

“Kita akan bawa program-program yang mampu meningkat penjanaan ekonomi di sini bagi menarik semula minat belia untuk pulang ke kampung dan menabur bakti di sini.

“Perbincangan bersama beberapa pihak termasuk jawatankuasa kampung bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan sekali gus menyahut seruan Perdana Menteri supaya menyantuni masyarakat hingga  peringkat akar umbi,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading