16 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA PADA JANUARI
Kebanyakan yang dibuang itu terlibat dalam kes-kes narkotik sama ada memiliki atau mengambil dadah dan mereka telah dituduh serta disabitkan bersalah di mahkamah.
MELAKA: Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
Beliau berkata daripada jumlah itu, ia membabitkan empat pegawai kanan polis berpangkat inspektor manakala bakinya melibatkan anggota berpangkat rendah.
“Kebanyakan yang dibuang itu terlibat dalam kes-kes narkotik sama ada memiliki atau mengambil dadah dan mereka telah dituduh serta disabitkan bersalah di mahkamah.
“Mereka juga menjalani proses tatatertib yang selalunya berakhir dengan buang kerja,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Majlis serah terima tugas itu, antara pemangku Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi yang menyerahkan jawatannya kepada Ketua Lesen Pasukan, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) (Lesen Senjata Api) Bukit Aman Datuk Dzulkhairi Mukhtar.
Dalam pada itu, Azri berkata pihaknya sedang menyiapkan draf cadangan bagi mempercepat proses buang kerja pegawai dan anggota yang disabitkan bersalah untuk diangkat ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan integriti warga pasukan kekal utuh.
Sementara itu, Dzulkhairi berkata beliau akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan di Melaka, terutama membabitkan kelancaran trafik agar memberi lebih keselesaan kepada pelancong serta pengunjung yang datang melancong ke negeri berkenaan.
“Yang paling penting keselamatan mereka terjamin dan saya akan berusaha untuk menurunkan rasa ‘fear factor’ dalam kalangan pelancong supaya mereka tak ragu-ragu untuk keluar seorang diri pada waktu malam,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.