Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM TELITI KENYATAAN HUKUM HAJI VS MENGUNDI

DALAM NEGARA

JAKIM TELITI KENYATAAN HUKUM HAJI VS MENGUNDI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti kenyataan dikeluarkan seorang ahli politik berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundi.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti kenyataan dikeluarkan seorang ahli politik berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundi.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, tindakan tersebut bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam.

“Penelitian tersebut turut dilakukan bagi menghayati berdasarkan panduan syarak serta tidak disalah tafsir.

“JAKIM menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu JAKIM berkata agensi agama itu mengambil maklum berhubung kenyataan yang dilaporkan media bertajuk ‘PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji’.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar mengingatkan semua pihak untuk tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan hukum secara individu tanpa merujuk kepada pihak berautoriti seperti para mufti.

Katanya semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada pihak mufti serta institusi berwibawa untuk memberikan pandangan dan penjelasan berdasarkan hukum syarak dan konteks semasa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading