Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA JEMAAH HAJI MALAYSIA ALAMI SESAK NAFAS DAN SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

DUA JEMAAH HAJI MALAYSIA ALAMI SESAK NAFAS DAN SERANGAN JANTUNG

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata kedua-dua jemaah berkenaan dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan sesak nafas.

MAKKAH: Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Makkah dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata kedua-dua jemaah berkenaan dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan sesak nafas.

“Seorang jemaah lelaki berusia 72 tahun dimasukkan ke sebuah hospital di Makkah, manakala seorang jemaah wanita berusia 65 tahun dirawat di hospital di Madinah.

“Bagaimanapun, jemaah wanita itu telah dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohd Hisham tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas dan keletihan menjadi punca dua jemaah itu dimasukkan ke hospital.

Beliau turut menasihati jemaah haji Malaysia untuk minum air dan rehat secukupnya selain menjaga keselamatan diri.

Operasi Haji 1447/2026 bermula secara rasmi pada 18 April, dengan 31,600 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines. — Bernama


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading