Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM MINTA MCMC AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMILIK AKAUN SEBAR KEBENCIAN, MENGHASUT

DALAM NEGARA

JAKIM MINTA MCMC AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMILIK AKAUN SEBAR KEBENCIAN, MENGHASUT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun Facebook ‘Lyan Liu’ yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur kebencian dan hasutan di media sosial.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun Facebook ‘Lyan Liu’ yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur kebencian dan hasutan di media sosial.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya memandang serius penyebaran kenyataan berunsur penghinaan, hasutan dan kebencian terhadap agama Islam dan aduan terhadap pemilik akaun itu telah dikemukakan kepada MCMC.

“JAKIM telah mengemukakan aduan kepada MCMC agar tindakan sewajarnya dapat diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, memandangkan kandungan (hantaran) tersebut jelas berunsur ekstremisme, kebencian agama dan perkauman.

“Kenyataan dimuat naik individu berkenaan mengandungi unsur penghinaan keterlaluan terhadap agama dan bangsa jelas bertentangan dengan prinsip keharmonian antara kaum dan agama yang telah lama dipelihara di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebebasan bersuara seharusnya tidak disalahgunakan untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama kerana tindakan sedemikian bukan sahaja mencetuskan sensitiviti umat Islam malah berpotensi mengganggu ketenteraman awam serta menggugat perpaduan nasional.

Sirajuddin menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh atau bertindak balas secara emosional terhadap sebarang bentuk provokasi, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan lunas undang-undang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading