JAWI BAKAL LAHIR QARI, HAFIZ AL QURAN BERKUALITI MENERUSI AKADEMI AL QURAN.
Mereka akan diberikan bimbingan dan latihan berterusan secara bermodul dan silibus daripada tokoh-tokoh Al-Quran sehingga mereka menguasai ilmu bacaan Al-Quran serta asas tadabbur Al-Quran.
Datuk Dr Mohd Na’im (tengah) bersama para pemenang acara Tilawah Al Quran. Turut hadir Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah. —Foto Facebook JAWI
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyusun sebuah rangka strategi dan pelan tindakan untuk melahirkan Qari dan Qariah serta Hafiz dan Hafizah berkualiti di Wilayah Persekutuan.
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, program ini akan memfokuskan kepada para belia dan anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan.
Katanya, mereka akan diberikan bimbingan dan latihan berterusan secara bermodul dan silibus daripada tokoh-tokoh Al-Quran sehingga mereka menguasai ilmu bacaan Al-Quran serta asas tadabbur Al-Quran.
“Dengan menggunakan premis sedia ada JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), mungkin boleh dinamakan sebagai Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan ataupun apa-apa yang difikirkan bersesuaian oleh Datuk Mohd Ajib dan pasukan beliau di JAWI,” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan (MTHQWP) Tahun 1445h/ 2023 di sini, semalam.
Tambah Na’im, ini merupakan usaha untuk melestarikan agenda ‘Membangun Malaysia Madani’ iaitu membentuk masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai ilmu, akhlak dan budi.
“Menyantuni masyarakat agar kembali menghayati nilai-nilai Al-Quran, itulah keutamaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sedang digerakkan bersama oleh semua agensi dalam pelbagai pendekatan.
“Adalah dipohon jasa baik semua para ahli Al-Quran terus mendokong serta bergandingan membantu kerajaan untuk menjayakan usaha membentuk masyarakat Madani.” ujarnya.
Dalam pada itu, MTHQWP yang telah berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober 2023 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melabuhkan tirai malam tadi.
Johan Qari Tilawah Al-Quran dimenangi oleh Ab. Ghani bin Ag. Tanga, Naib Johan Muhammad ‘Aidil bin Senin dan tempat ketiga Dr. Khalid bin Isa.
Manakala Johan Qariah dimenangi oleh Noorul Hasliza binti Hj. Ahmad, Naib Johan Rosnani binti Mohmad, dan tempat ketiga Lailasari binti Sabran.
Bagi Hafazan Al-Quran, Kategori 1 -30 juzuk, Johan – Omar bin Abd Aziz (Lelaki), dan Afifa Syakirah binti Mohd Radzi (Perempuan), Kategori 1-20 juzuk, Johan – Muhammad Ariff bin Sudiman (Lelaki), dan Nurul Ezzatina binti Zaidi (Perempuan), Kategori 1-10 juzuk, Johan – Muhammad Zarif Hazim bin Che Yusmadi (Lelaki), dan Balqis Insyirah binti Afyan (Perempuan).
Johan Qari iaitu Ab. Ghani bin Ag. Tangga, peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan kali pertama mengungguli acara tersebut merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di JAWI Cawangan Labuan manakala Johan Qariah Noorul Hasliza binti Hj. Ahmad merupakan Johan Qariah Menunggu.
Salah seorang pemenang tempat kedua Majlis Hafazan kategori 1-10 juzuk iaitu Zinnirah binti Abu Dzar, 12 tahun pula merupakan peserta paling muda.
Beliau berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun 11 bulan.
Johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H masing-masing menerima wang tunai RM5,000, Hadiah Menunaikan Umrah bernilai RM7,000, Piala Pusingan, Piala Iringan, hadiah iringan dan sijil; tempat kedua menerima wang tunai RM3,000, plak, hadiah iringan dan sijil; tempat ketiga menerima wang tunai RM1,500, plak, hadiah iringan dan sijil; dan saguhati wang tunai RM500 serta sijil.
Manakala Johan Majlis Hafazan al-Quran kategori 1-30 juzuk menerima wang tunai RM6,000, Hadiah Menunaikan Umrah bernilai RM7,000, piala iringan, hadiah iringan serta sijil.
Bagi kategori 1-20 juzuk, Johan menerima wang tunai RM4,000, piala iringan, hadiah iringan serta sijil.
Bagi kategori 1-10 juzuk pula Johan menerima wang tunai RM3,000, piala iringan, hadiah iringan serta sijil. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager