HASILKAN VIDEO VFX ISU PALESTIN, SOFYANK AJAK WARGANET SEBAR KEBENARAN
Ramai pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.
Tangkap layar daripada video VFX Sofyank di media sosial.
KUALA LUMPUR: Ramai pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.
Tidak terkecuali, pereka kandungan digital tanah air Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah yang telah menghasilkan satu video pendek menggunakan teknik kesan visual VFX sehingga ia tular bagi menyampaikan mesej berkaitan isu Palestin kerana sebahagian media Barat tidak melaporkan situasi sebenar yang berlaku di sana.
Dalam klip video kurang satu minit itu, kelihatan Sofyank mencetak beberapa helai kertas lukisan bersaiz A4 yang antara lain memaparkan potret rakyat Palestin sedang bersedih di tanah air sendiri, kereta kebal, bangunan terbakar hasil kerjasama dengan seorang pelukis, Qurnia Izzat.
Cetakan kertas lukisan itu kemudiannya dibuat lubang dengan memotongnya sedikit di bahagian tertentu lukisan berkenaan seperti bahagian mulut, mata dan meriam kereta kebal dan menerusi sorotan kamera pada lubang yang dibuat pada lukisan-lukisan yang telah disusun itu, penonton seolah-olah di bawa menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku di Palestin dalam laporan berita televisyen.
Dalam hantaran video itu itu juga Sofyank menyampaikan mesej bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai “kuasa” yang hebat dalam menyampaikan tentang apa sahaja kebenaran yang berlaku di Palestin sekarang.
“Kita mempunyai kuasa untuk menyebarkan kebenaran, marilah kita kongsikan apa yang kita tahu sehingga dunia sedar apa yang berlaku,” menurut Sofyank pada ciapan video yang dikongsinya itu selain turut mengajak orang ramai sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin.
Video tersebut yang sohor kini di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi positif dan juga pujian netizen kerana menggunakan kreativiti melalui platform sedia ada bagi menyebarkan kesedaran mengenai apa yang berlaku di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza. –AlHijrah Online
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.