Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JDT DERMA RM2.9 JUTA UNTUK PALESTIN DAN YAYASAN JDT

DALAM NEGARA

JDT DERMA RM2.9 JUTA UNTUK PALESTIN DAN YAYASAN JDT

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menderma sebanyak RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT. 

JDT menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, RM1.017 juta yang diperoleh daripada enam perlawanan di laman sendiri sejak dari November akan diberikan untuk usaha kemanusiaan di Palestin.

“Manakala, wang hadiah Liga Super Malaysia sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran tersebut, JDT telah menyumbangkan kesemua wang kemenangan untuk tujuan amal, sejak kelab yang dimiliki Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu ditubuhkan pada 2013.

JDT yang merekodkan kemenangan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, menamatkan aksi terakhir Liga Super musim ini dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.

Skuad Harimau Selatan itu turut menjuarai Piala Malaysia buat kali keempat, sekali gus merekodkan kejayaan treble buat dua musim berturut-turut selepas dinobatkan juala Piala FA pada Julai dan mengesahkan kejuaraan Liga Super pada September lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading