Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QARI PERAK, QARIAH SARAWAK JOHAN TILAWAH MTHQK 2026

DALAM NEGARA

QARI PERAK, QARIAH SARAWAK JOHAN TILAWAH MTHQK 2026

Kategori Hafazan 1-30 pula menyaksikan Muhammad Izzul Afnan Sazali dari Wilayah Persekutuan dan Dina Hadfina Mohd Umarul Hisyam diumum sebagai johan.

Qari dari Perak Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali dan Qariah dari Sarawak Nur Syakura Mohamad Musa.

KUALA TERENGGANU: Qari dari Perak Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali dan qariah Nur Syakura Mohamad Musa yang mewakili Sarawak diumumkan sebagai johan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1447/2026M.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji berserta piala, cenderamata dan sijil penyertaan.

Selangor dinobatkan sebagai juara keseluruhan, sementara bagi kategori hafazan juzuk 1-30 al-Quran bahagian lelaki dimenangi oleh Muhammad Izzul Afnan Sazali dari Wilayah Persekutuan, dan Dina Hadfina Mohd Umarul Hisyam dari Melaka menjadi johan bahagian perempuan.

Bagi kategori hafazan juzuk 1-20 bahagian lelaki, johan disandang Wan Syimir Muhaimin Wan Ahmad Sadaba dari Pahang, manakala Nur Izzati Norazmi dari Selangor merangkul gelaran johan bahagian perempuan.

Selain itu, johan kategori hafazan juzuk 1-10 bahagian lelaki menjadi milik Muhammad Amnan Muhammad Sani dari Sabah, sementara Siti Sofiyyah Abu Bakar dari Kelantan johan bahagian perempuan.

Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail berkenan menyempurnakan majlis penutup dan pengurniaan hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, malam ini.

Turut berangkat, Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Dato Seri Muhammad Mua’az dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. — Bernama


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading