Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI MALAYSIA KELIMA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI MALAYSIA KELIMA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

Allahyarham Misnan Ahmad, 60, yang juga jemaah daripada penerbangan KT46 dan menginap di Maktab Bangunan Diary Al Saad di Makkah disahkan meninggal dunia pada 7.50 pagi waktu tempatan.

MAKKAH: Seorang jemaah haji dari Johor Bahru, Johor, meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz di sini semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham Misnan Ahmad, 60, yang juga jemaah daripada penerbangan KT46 dan menginap di Maktab Bangunan Diary Al Saad di sini disahkan meninggal dunia pada 7.50 pagi waktu tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham yang turut berada di Tanah Suci serta ahli keluarga yang lain.

“Lembaga Tabung Haji (TH) akan menguruskan proses pengebumian dan kita jangkakan jenazah akan dikebumikan hari ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH di sini hari ini.

Beliau berkata TH juga akan menyerahkan khairat kematian kepada waris dan akan melaksanakan badal haji untuk arwah pada musim haji ini.

Setakat ini, lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading