JOHOR AKAN WUJUD JAWATANKUASA KEHARMONIAN PENGANUT PELBAGAI AGAMA
Kerajaan Johor akan mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Pelbagai Agama dalam usaha untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor.
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Pelbagai Agama dalam usaha untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata menerusi Belanjawan Johor 2023 iaitu mengeratkan perpaduan bangsa Johor, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM50,000 untuk menyelaraskan penubuhan jawatankuasa itu.
“Menyedari kepentingan untuk mengekalkan perpaduan di Johor, maka kerajaan negeri telah mempertimbangkan untuk mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Pelbagai Agama Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM50,000.
“Jawatankuasa ini akan menjadi platform perbincangan dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mengharmonikan perpaduan Bangsa Johor,” kata beliau ketika berucap membentangkan Belanjawan Johor 2023 pada mesyuarat keempat persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Ini merupakan kali pertama Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu membentangkan belanjawan sebagai Menteri Besar.
Dalam memastikan kerohanian dan kebajikan masyarakat Tiong Hua, India dan lain-lain lagi, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan RM12 juta untuk tujuan pembangunan kerohanian serta kebajikan masyarakat Tiong Hua, India dan lain-lain.
Selain itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIJ) Johor memperuntukkan sejumlah RM9.4 juta bagi penyelenggaraan dan baik pulih bangunan serta peralatan dan perabot sekolah-sekolah agama di seluruh Negeri Johor, tambah beliau.
Bagi memastikan umat Islam di negeri ini dapat mengimarahkan masjid dan surau dalam keadaan yang selesa dan kondusif, Onn Hafiz berkata sejumlah RM2.7 juta diperuntukkan bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan masjid serta surau selain peruntukan RM2.3 juta bagi pembangunan dan penyelenggaraan tanah perkuburan Islam di Negeri Johor.
Onn Hafiz berkata kerajaan negeri turut menyasarkan 1,200 huffaz yang dihasilkan daripada Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan madrasah swasta dengan peruntukan RM1.3 juta bagi menampung kos pengajian 200 orang bakal huffaz di MARSAH.
Selain itu, menerusi Program Intervensi Tahfiz 2023, sebagai tambahan kepada dana daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerajaan Negeri melalui Perbadanan Islam Johor memperuntukkan RM75,000 yang menyasarkan 450 pelajar tahfiz untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.