Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DIPERCAYAI TERJUN DARI TINGKAT 28 KONDOMINIUM

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DIPERCAYAI TERJUN DARI TINGKAT 28 KONDOMINIUM

Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 28 sebuah kondominium di Damansara Perdana sebelum tersangkut di tingkat 20 pagi tadi.

DAMANSARA: Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 28 sebuah kondominium di Damansara Perdana sebelum tersangkut di tingkat 20 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kejadian melibatkan mangsa wanita berbangsa Cina berumur 40-an.

“Mangsa telah diambil menggunakan teknik ‘rope rescue’ dan dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi menyelamat selesai pada jam 10.55 pagi tadi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading