Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT VIDEO KIBAR JALUR GEMILANG BERSAMA BENDERA ISRAEL

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT VIDEO KIBAR JALUR GEMILANG BERSAMA BENDERA ISRAEL

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Israel yang tular dalam media sosial.

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Israel yang tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata siasatan dilakukan susulan laporan yang diterima daripada seorang lelaki warga tempatan Selasa lepas setelah melihat video yang berdurasi 47 saat itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada September lepas ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel, dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan.

“Semasa lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan sambil bendera Malaysia dikibarkan. Video ini dipercayai ditularkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Ku Mashariman turut menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta menyebarkan video berkenaan di mana-mana platform bagi mengelakkan apa-apa spekulasi dan provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading