Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURUTERA PERKAPALAN DIDAKWA BUNUH PENJAWAT AWAM

DALAM NEGARA

JURUTERA PERKAPALAN DIDAKWA BUNUH PENJAWAT AWAM

Seorang jurutera syarikat perkapalan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang penjawat awam di Machang pada 3 Sept lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

TANAH MERAH: Seorang jurutera syarikat perkapalan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang penjawat awam di Machang pada 3 Sept lepas.

Harun Narresat Ibrahim, 46, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. 

Mengikut pertuduhan, Harun Narresat didakwa membunuh Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di sebuah kedai makan di hadapan Hospital Machang, Jalan Pasir Puteh Lama, Machang kira-kira pukul 11.30 pagi.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan Muhammad Zaki Abdul Kudos manakala tertuduh diwakili penguam Tengku Shazuan Tg Shariffudin.

Mahkamah menetapkan 13 Nov ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan kimia sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Pada 3 Sept, media melaporkan seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading