Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAKITANGAN DEWAN NEGARA POSITIF COVID-19, SIDANG DEWAN RAKYAT ‘DIPENDEKKAN’

DALAM NEGARA

KAKITANGAN DEWAN NEGARA POSITIF COVID-19, SIDANG DEWAN RAKYAT ‘DIPENDEKKAN’

KUALA LUMPUR: Hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini hanya diadakan sehingga jam 1 tengah hari sahaja dan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan selepas beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif COVID-19.

“Beberapa kakitangan Dewan Negara telah disahkan positif COVID-19 dan dijangka ada ahli Dewan Negara yang berkemungkinan positif kerana pegawai tersebut bertugas dengan ahli Dewan Negara (tersebut) dan ada pertalian keluarga. Itu perkembangan yang membimbangkan,” kata Takiyuddin ketika membentangkan usul penangguhan mesyuarat menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Takiyuddin keputusan penangguhan juga dibuat selepas mengadakan satu mesyuarat khas dengan ketua-ketua whip dari blok kerajaan dan pembangkang dan telah mendapat persetujuan bersama.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun itu turut dihadiri wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami dinasihatkan KKM risiko amat tinggi. Kedudukan kita dalam keadaan tertutup seumpama ini walaupun ada cermin tapi sejauh mana ia mampu membantu kita mengelak penularan ini.

“KKM kata lebih lama kita bersama dalam keadaan ini risikonya adalah amat tinggi sekali,” jelas Takiyuddin.

Usul yang dibentangkan ahli Parlimen Kota Bharu itu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading