Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI YANG JUGA ADIK RAS ADIBA POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

PEGAWAI YANG JUGA ADIK RAS ADIBA POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: Pegawai yang juga adik kepada Ahli Dewan Negara Senator Ras Adiba Radzi telah disahkan positif COVID-19 setelah melakukan ujian saringan baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Ras Adiba dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya ingin memaklumkan bahawa salah seorang Pegawai Khas saya yang juga merupakan adik saya iaitu Cik Ras Afiona Radzi telah disahkan positif COVID-19.

“Kini beliau sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ras Adiba beliau serta 10 ahli keluarganya sedang menunggu keputusan saringan COVID-19.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan ahli keluarga,” katanya.

Dalam pada itu Mesyuarat Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini hanya berlangsung sehingga jam 1 tengah hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan selepas terdapat kakitangan Dewan Negara disahkan positif COVID-19. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading