BANTAHAN MAYA ISU HINA RASULULLAH SAW ANJURAN YADIM DAPAT SOKONGAN

KUALA LUMPUR: Bantahan secara dalam talian terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat sokongan kuat netizen.

Program bantahan yang diadakan pada Ahad, 1 November dibuat susulan isu menghina Nabi Muhammad SAW melalui karikatur yang diterbitkan majalah satira Charlie Hebdo di Perancis serta kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menghina Islam.

Bantahan maya semalam dibuat melalui fungsi siaran langsung di laman Facebook YADIM dengan disertai tokoh-tokoh dakwah antaranya Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Ustaz Azhar Idrus

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, Yang Dipertua YADIM Nasruddin Hassan dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut sama menyertai bantahan secara dalam talian itu.

“Alhamdulillah kita dapat menyatakan bantahan kita sekeras-kerasnya ke atas penghinaan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, walaupun berada dalam suasana COVID-19 ia tidak menghalang kita untuk terus menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penghinaan ini,” katanya Ahmad Marzuk dalam program bantahan tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Yang Dipertua YADIM Nasruddin Hassan

Dalam bantahan maya selama kira-kira tiga jam itu, peserta yang terdiri daripada pendakwah terkemuka negara, pemimpin politik, artis dan badan bukan kerajaan (NGO) bergilir-gilir melontarkan pandangan dan mengutuk provokasi yang berlaku di Perancis.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Setakat berita ini ditulis, video bantahan maya itu telah ditonton lebih 140 ribu orang dengan 5,700 perkongsian.

Lebih 4,200 komen diterima pada video bantahan terseut dan rata-rata netizen menulis tanda pagar boikot produk Perancis — AlHijrah Online.

Leave a Reply