Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA BERANAK MAUT TRELER TERBABAS

DALAM NEGARA

TIGA BERANAK MAUT TRELER TERBABAS

GOPENG: Tiga beranak maut selepas treler muatan simen yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Lama Kota Bharu, Gopeng, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang maut ialah pemandu treler Hafize Nizam Ali Supian berusia 30 tahun dan dua anaknya Muhammad Afeef Rafiqie, sembilan tahun serta Arrian Nuh Nizam enam tahun.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke arah Malim Nawar terbabas.

“Treler itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.

“Susulan itu ketiga-tiga mangsa tersepit dengan kecederaan parah dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Hasron berkata, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng serta Kampar mengambil masa selama lima jam untuk mengeluarkan semua mangsa.

Ujar beliau, kes diklasifkasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta siasatan lanjut diteruskan.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kampar bermula jam 5 hingga 7 pagi. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading