Jumaat ini pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen seperti yang ditunggu-tunggu akan tiba.
Sesi pembentangan belanjawan pada kali ini disifatkan unik kerana negara dibelenggu dengan kemelut menghadapi pendemik COVID-19 dan pada masa yang sama negara dihambati dengan paradoks politik yang tidak berkesudahan.
Puncanya dikatakan bermula menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini yang menyaksikan meledaknya penularan COVID-19 ke seluruh negara dan melonjakkan angka mangsa pandemik itu ke paras empat angka baru-baru ini dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat, khususnya di kawasan-kawasan dilabel ‘merah’.
Lantaran itu kerajaan mengusulkan perintah darurat tetapi keputusan penolakan usul tersebut yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas mengadakan rundingan dengan Majlis Raja-raja minggu lalu telah memberikan suatu perspektif yang berbeza dalam menyelesaikan masalah ini.
PERJUMPAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA PADA 25 OKTOBER 2020 MEMBINCANGKAN PERMOHONAN DARURAT OLEH KERAJAAN
Dalam konteks ini, Seri Paduka Baginda menggunakan kebijaksanaan baginda meminta kerajaan mempertingkatkan usaha memerangi pandemik tersebut, khususnya di Sabah dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia tanpa menggunakan alasan darurat sebagai penyelesaian utama yang sudah pasti akan memberikan implikasi negatif kepada rakyat dan negara ini.
Di antara titah Tuanku ialah meminta kerajaan meneruskan pembentangan Belanjawan 2021 November nanti yang disifatkan memberi impak penting dalam memasang strategi memerangi pandemik yang telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia.
Pembentangan belanjawan negara nanti boleh disignifikasikan sebagai satu platform dan ruang yang boleh dikongsikan oleh pihak kerajaan dan pembangkang untuk menjana kekuatan negara memasang strategi memulihkan kemelut sosioekonomi yang membelenggu rakyat dan industri negara akibat peperangan pendemik COVID-19 pada hari ini.
Perebutan kuasa, pertelingkahan politik tanpa berkesudahan sudah pasti akan menjejaskan nilai pelaburan asing di negara ini dan mengganggu perancangan hala tuju negara untuk menghadapi kesan gelombang ketiga pandemik ini.
Sampai masanya sekarang, rakyat tidak mahu terbeban dengan kemelut politik, sebaliknya para pemimpin parti-parti politik perlu segandingan bahu mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan isu-isu kritikal masyarakat yang terkesan teruk akibat penularan wabak ini, sejajar dengan gesaan Seri Paduka Baginda yang menzahirkan nasihat baginda kepada semua pihak supaya memberi kerjasama menyokong dan meluluskan belanjawan negara nanti serta menyeru kerajaan dan pembangkang berganding bahu memerangi pandemik ini dalam suasana yang aman tenteram.
Rakyat mahukan pembelaan dan pemeliharaan dari segi sosioekonomi mereka, bagaimana mereka akan meneruskan kelangsungan kehidupan, bukannya memperjudikan nasib mereka di atas senario politik tidak menentu pada masa sekarang.
GAMBAR OLEH Mohd RASFAN / AFP
Bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang berteraskan kepada keluruhan perlembagaan dan pemeliharaan semangat perpaduan nasional, adalah sangat signifikasi untuk melestarikan penyatuan kerjasama politik yang mampu menjelmakan keamanan dan perpaduan nasional dengan membelakangkan persengketaan demi masa depan rakyat dan negara ini.
Jika dilihat apa yang berlaku di beberapa buah negara, termasuk negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia, kegagalan mencapai persefahaman di antara kerajaan dengan rakyat telah mengakibatkan keadaan huru-hara dan memberikan implikasi buruk terhadap strategi pemulihan pandemik COVID-19 di negara-negara tersebut.
Sudah pasti pembentangan belanjawan kali ini dilihat sebagai satu langkah kritikal penyatuan agenda nasional untuk menggabungkan semua usaha untuk membasmi penularan COVID-19 dan juga menyalurkan citra kesejahteraan dan kemakmuran negara, seperti yang disarankan oleh Al-Sultan Abdullah bahawa perbezaan dan polemik politik dalam kalangan semua parti harus diketepikan bagi memberi laluan kepada penumpuan strategi pembasmian penularan pendemik yang mengancam negara dan rakyat di negara ini.
Sudah pasti juga sebarang konflik dalam politik negara tidak mempengaruhi strategi pemulihan ekonomi, keselamatan, kesihatan dan keamanan rakyat serta kemakmuran negara yang kita cintai ini.
Diharapkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik ambil maklum nasihat Seri Paduka Baginda untuk memastikan kelancaran pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini dan dapat menjalinkan kesepakatan kerjasama di antara kerajaan dan pembangkang.
Keadaan ini pasti akan menjelmakan suatu persepsi positif dalam kalangan rakyat menunjukkan bahawa dalam kemelut nasional yang dihadapi oleh kerajaan dan negara hari ini, kepentingan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara menjadi keutamaan dan teras utk memulihkan sektor ekonomi dan masalah sosial masyarakat di negara ini.
Perlu diingatkan juga, rakyat tidak harus mudah terpengaruh dengan pelbagai provokasi negatif, penularan berita-berita palsu yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan ‘menangguk air keruh’ untuk menimbulkan kontroversi dan konfrantasi.
Anasir-anasir ini berusaha mengheret institusi raja berpelembagaan di negara ini untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan melestarikan perpaduan nasional dan memacu strategi untuk memulihkan ekonomi negara kita. – AlHijrah Online
Penulis adalah pensyarah kanan yang juga Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked