SUNGAI SIPUT: Gara-gara bertindak agresif mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis seorang lelaki dihukum penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini.
Majistret Norhabsarina Ayob menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Majid Mat Aisha, 48 tahun dan memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 27 Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan, Majid didakwa dengan sengaja menghalang Inspektor Mohd Rasif Abdul Hatta semasa pemeriksaan dibuat terhadapnya di sebuah rumah di Rancangan Perkampungan Tersusun Salak Baru, Sungai Siput Utara pada 12.30 tengahari 27 Oktober lalu.
Ketika serbuan, tertuduh bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira dan pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta tertuduh bagi menghentikan kereta selepas tertuduh enggan keluar dan kejar mengejar sejauh dua kilometer dari tempat kejadian.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Di mahkamah yang sama, Majid dan tiga lagi rakannya, Muhammad Fadzli Ahmad, 43; Mohd Azudin Ab Ghani, 41 Dan Ahmad Kamil Ismail 47 tahun turut didakwa atas kesalahan memiliki, mengedar serta memasukkan dadah ke dalam badan.
Kesemua mereka didakwa melalukan kesalahan itu di sebuah rumah di Rancangan Perkampungan Tersusun Salak Baru, Sungai Siput Utara pada 12.20 tengahari 27 Oktober lalu.
Hasil serbuan di rumah tersebut polis turut merampas heroin seberat 29.1 gram dengan anggaran nilai RM1,500.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39 A (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun serta Seksyen 39b (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 152.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei dan kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hennie Soraya Hanafi.
Mahkamah menetapkan 8 Januari depan untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked