SUSPEK KES PEMBUNUHAN SITI NOR SURYA DIREMAN

MARANG: Suspek kes pembunuhan kejam Siti Nor Surya Ismail, 19, direman 7 hari bermula hari ini.

Tahanan reman ke atas pelajar Tingkatan Enam itu membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek hadir ke mahkamah dengan memakai pakai lokap berwarna ungu sambil diiringi anggota polis kira-kira jam 10.10 pagi.

Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran rumah mangsa.

Suspek yang juga kawan baik mangsa tampil memberi keterangan di Balai Polis Temelong pada 7.30 pagi Isnin.

Namun, keterangan yang diberi suspek mencurigakan polis disamping kesan lebam di bahagian badan suspek menjurus kepada penahanannya.

Ahad lalu, seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati oleh adiknya dipercayai menjadi mangsa samun dan bunuh di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubok Batu, Hulu Terengganu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mayat Siti Nur surya ditemui dengan kesan tikaman dan tetakan di beberapa anggota badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Lebih memilukan tragedi itu turut disaksikan ibu mangsa yang terlantar akibat kanser otak.

Suspek turut melarikan sejumlah wang ratusan ringgit, barang kosmetik, dua buah beg dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Hasil soal siasat polis terhadap suspek turut membongkar motif sebenar pembunuhan dipercayai kerana salah faham akibat ejek mengejek.

Perintah reman dengan kebenaran Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda itu berakhir 9 November 2020. — AlHijrah Online

Leave a Reply