Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA SAMBUT BAIK KEBENARAN UMRAH BAGI JEMAAH LUAR NEGARA

DALAM NEGARA

MALAYSIA SAMBUT BAIK KEBENARAN UMRAH BAGI JEMAAH LUAR NEGARA

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik keputusan Arab Saudi yang membenarkan jemaah luar negara mengerjakan ibadah umrah selama 10 hari dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Menerusi kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kementerian mereka akan bekerjasama rapat dalam usaha untuk memastikan umat Islam di Malaysia turut mendapat peluang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Selain itu jelas Zulkifli dan Hishammuddin, kerajaan akan terus memantau situasi COVID-19 khususnya di Malaysia dan meneliti dari semasa ke semasa SOP ibadah umrah yang ditetapkan Arab Saudi.

“Kerajaan akan melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat Malaysia khususnya jemaah umrah yang bakal ke Tanah Suci kelak.

“Bagi kerajaan, keselamatan dan kesihatan jemaah umrah Malaysia merupakan keutamaan tinggi,” kata Zulkifli dan Hishammuddin dalam kenyataan bersama.

Tambah kenyataan itu, Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading