Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

23 MAUT, UNIVERSITI KABUL DISERANG DAESH

DUNIA

23 MAUT, UNIVERSITI KABUL DISERANG DAESH

KABUL: Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pensyarah dan pelajar terbunuh dalam serangan di Universiti Kabul pada Isnin, 2 November.

Insiden terbabit turut menyebabkan lebih 80 yang lain cedera.

Serangan ke atas Universiti Kabul itu merupakan kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Dalam kejadian pada Isnin, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di tengah kampus sekitar jam 11 pagi waktu tempatan diikuti tembakan rambang oleh dua penyerang yang menyebabkan pelajar bertempiaran lari.

Menurut saksi, serangan berlaku selama sekitar dua jam.

Banyak mayat bergelimpangan antara meja dan kerusi selepas ditembak ketika berada di dalam kelas.

Difahamkan ketika kejadian ada himpunan anjuran kerajaan bagi meraikan hakim dan pegawai penyiasat yang menamatkan kursus yang diadakan di universiti itu .

Berdasarkan laporan media, Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading