Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPB DI SEREMBAN BERMULA 5 NOVEMBER

DALAM NEGARA

PKPB DI SEREMBAN BERMULA 5 NOVEMBER

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikuatkuasakan di Seremban bermula 5 November 2020 sehingga 18 November 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat ketetapan itu selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi kes positif COVID-19 di daerah Seremban.

Menurut Ismail Sabri PKPB itu akan meliputi 9 mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai, dan Lenggeng,

Ujar beliau, SOP PKPB di daerah itu adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan. dan perlu mendapat kebenaran daripada PDRM.

Selain itu hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading