Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA BUKAN DISEBABKAN STROK HABA – JKNJ

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA BUKAN DISEBABKAN STROK HABA – JKNJ

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke wad kerana sawan selepas demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

KLUANG: Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Kluang, Johor, semalam, disahkan bukan disebabkan strok haba.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke wad kerana sawan selepas demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“Hasil siasatan yang dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati kematian kanak-kanak itu disahkan sebagai ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ dan ia tiada kaitan dengan strok haba seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi, yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu JKNJ merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian anak mereka.

Hari ini media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki mengalami simptom strok haba.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: KANAK-KANAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA DISYAKI KERANA STROK HABA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading