Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA DISYAKI KERANA STROK HABA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA DISYAKI KERANA STROK HABA

KLUANG: Seorang kanak-kanak lelaki Airiel Syahren Syahrol Azmi, 12, meninggal dunia di Kluang, Johor semalam disyaki akibat strok haba.

Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’

KLUANG: Seorang kanak-kanak lelaki Airiel Syahren Syahrol Azmi, 12, meninggal dunia di Kluang, Johor semalam disyaki akibat strok haba.

ARTIKEL BERKAITAN – KANAK-KANAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA BUKAN DISEBABKAN STROK HABA – JKNJ

Bapa mangsa Syahrol Azmi Mohd Hekak. 42 berkata anaknya yang sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’.

Media melaporkan mangsa mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Syahrol Azmi telah meminta anaknya berehat di ruang tamu kerana menyangka bilik anaknya tidur sejuk.

Dia kemudian terdengar bunyi benda jatuh sebelum mendapati anaknya kekejangan.

Bapa kepada empat orang anak itu kemudian menghubungi pihak hospital dan anaknya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk menerima rawatan.

Menurut Syahrol Azmi, doktor memaklumkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan ada radang otak.

Ujarnya anak keduanya itu dikebumikan  Tanah Perbukuran Islam Kampung Bentong.

Seorang lagi anaknya Aidil Syahren, 9 yang turut demam sejak beberapa hari lalu kini stabil dan dirawat di wad hospital sama.

Syahrol Azmi dalam pada itu menasihat orang ramai agar segera ke klinik sekiranya anak atau diri sendiri demam kerana dikhuatiri ia adalah simptom strok haba. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading