ABAI DAN ANIAYA BELLA: KEPUTUSAN KES SITI BAINUN DIKETAHUI ESOK
KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali akan mengetahui nasibnya esok, sama ada dilepaskan atau disabitkan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali. — Bernama
KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali akan mengetahui nasibnya esok, sama ada dilepaskan atau disabitkan atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi.
Pada 9 Mac lepas, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi dengan Siti Bainun sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 26 Jan lepas.
Saksi lain yang memberi keterangan ialah pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai, pegawai penemubual Pusat Temuduga Kanak-Kanak(CIC) Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim dan Nor Aidil Farhab Johaizad.
Siti Bainun, 31, sepatutnya memberi keterangan membela diri pada 16 Jan lepas, namun prosiding ditangguhkan berikutan tiga peguamnya iaitu Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf dan Nur Ellena Mohamed Razif menarik diri daripada mewakilinya.
Prosiding membela diri itu bersambung keesokannya, namun dua lagi peguamnya iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil turut membuat keputusan menarik diri daripada mewakili Siti Bainun sekali gus menjadikan tertuduh tidak mempunyai peguam.
Pada 26 Jan lepas, Hakim Izralizam mengarahkan Siti Bainun memberi keterangan membela diri meskipun wanita itu tidak diwakili peguam agar tidak mengganggu perjalanan kes.
Bagaimanapun, pada 20 Feb lepas, Siti Bainun telah melantik semula Mohammad Farhan yang pernah mewakilinya semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan.
Pendakwaan mengemukakan 22 saksi termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur yang memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 30 Mac 2022.
Pada 24 Nov 2022, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked