AQIQAHLOKA BUKAN SEKADAR TAWAR PERKHIDMATAN AQIQAH

KUALA LUMPUR: Ramai mengenali Aqiqahloka Sendirian Berhad (Aqiqahloka) sebagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan aqiqah di kota suci Makkah.

Namun syarikat yang semakin berkembang itu sebenarnya turut menawarkan perkhidmatan lain seperti korban, sedekah, badal haji dan badal umrah.

Pengasas syarikat, Muhammad Saufi Kamaludin berkata perkhidmatan berkualiti dan sokongan pelanggan membuatkan syarikat itu dengan cepat menjadi jenama yang dipercayai dalam industri.

“Bukan mudah membina kepercayaan pelanggan kerana ramai yang ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan di luar negara.

“Bagi mengatasi perkara itu, saya menyediakan video dan gambar kepada pelanggan selepas pelaksanaan ibadah. Jika pelanggan tidak menerima apa yang mereka bayar, wang mereka akan dikembalikan,” katanya.

Tahun lalu, Aqiqahloka memenangi Anugerah Muslimpreneur Dunia untuk “Jenama Paling Dipercayai” yang memberi impak positif kepada kredibiliti dan kepercayaan pelanggan syarikat.

Sebagai penghargaan terhadap sokongan pelanggan, Aqiqahloka turut menjalankan program khidmat masyarakat dengan menawarkan siri kursus umrah dalam talian secara percuma dengan lebih 20,000 jemaah telah mendapat manfaat. – AlHijrah Online

Leave a Reply