Gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih dan dikenal pasti berpunca daripada penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di Johor dan Perai, Pulau Pinang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
SEPANG: Gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih dan dikenal pasti berpunca daripada penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di Johor dan Perai, Pulau Pinang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Dalam sidang media mengenai isu bekalan gula di Pantai Timur di sini hari ini, beliau berkata kilang terbabit ditutup sementara sempena sambutan Aidilfitri dan telah beroperasi semula pada 25 April lepas.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama rapat dengan dua kilang pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi memastikan isu gangguan bekalan gula itu diatasi segera.
“Isu kekurangan gula di Pantai Timur telah dapat diatasi, saya harap penduduk tidak panik dan tidak terpedaya dengan isu yang dimainkan bahawa terdapat kemungkinan harga gula akan naik,” katanya sambil menambah bekalan baharu akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan KPDN Kelantan.
Media baru-baru ini melaporkan kegusaran dalam kalangan rakyat Kelantan susulan kesukaran mendapatkan bekalan gula paket satu kilogram (kg) yang didakwa tiada di pasaran sejak 22 April lepas.
Semalam, Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail dilaporkan berkata pihaknya telah mengagihkan 250,000kg gula kepada sejumlah besar pasar raya termasuk pengagihan secara berperingkat kepada pemborong dan peruncit bagi memastikan isu kekurangan bekalan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mei hingga 7 Jun ini.
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg pada harga RM30.90, yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) (No.7) 2023.
“Secara umumnya terdapat kenaikan harga sawit mentah untuk bulan April berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik. Kenaikan ini menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen.
“Bagaimanapun, bagi mengelak bebanan kepada rakyat dan pengguna kerajaan bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh berkenaan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked