Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA PALESTIN SYAHID DITEMBAK ZIONIS ISRAEL DI BAHAGIAN KEPALA

DALAM NEGARA

REMAJA PALESTIN SYAHID DITEMBAK ZIONIS ISRAEL DI BAHAGIAN KEPALA

Seorang remaja Palestin berusia 17 tahun mati syahid selepas ditembak tentera Zionis Israel semasa melakukan serbuan di Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

RAMALLAH: Seorang remaja Palestin berusia 17 tahun mati syahid selepas ditembak tentera Zionis Israel semasa melakukan serbuan di Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurutnya, rejim Israel mendakwa pasukan tenteranya melepaskan tembakan ke arah sekumpulan individu bersenjata.

Mangsa, Jibril Mohammed Kamal al-Ladaa meninggal dunia selepas ditembak di bahagian kepala.

Kejadian itu berlaku di kem pelarian Aqabat Jabr berhampiran bandar Jericho.

Pegawai kesihatan Palestin memberitahu enam orang lagi mengalami kecederaan termasuk tiga dalam keadaan serius.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 101 penduduk Palestin terbunuh akibat serbuan besar-besaran tentera Israel setakat tahun ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading