FITRAH AL HAJJ TEKAD BANTU MUDAHKAN PERJALANAN JEMAAH HAJI, UMRAH

KUALA LUMPUR: Butik kelengkapan ibadah haji dan umrah Fitrah Al Hajj komited mahu membantu memudahkan bakal jemaah membuat persiapan perjalanan ibadah mereka dengan menyediakan kelengkapan diperlukan di bawah satu bumbung.

Ianya memudahkan bakal jemaah mendapatkan kelengkapan ibadah seperti kain ihram, jubah, telekung, tali pinggang, kopiah, tasbih, sejadah dan lain-lain tanpa perlu berkunjung dari satu kedai ke kedai yang lain.

Fitrah Al Hajj juga komited memastikan produk jualan berkualiti, patuh syariah, harga berpatutan, dan disertakan dengan perkhidmatan mesra pelanggan.

Menurut Pengasas Fitrah Al Hajj, Azlina Omar, usahanya membuka pusat sehenti kelengkapan haji dan umrah itu selepas beliau sendiri mengalami kesukaran mendapatkan barangan diperlukan ketika umrah pertamanya pada 2015.

“Berdasarkan pengalaman peribadi, saya membuka Fitrah Al Hajj bagi membantu para duyufurrahman mendapatkan kelengkapan dengan mudah dan pada harga berpatutan.

“Fitrah Al Hajj ini bukan sekadar perniagaan kerana usaha memudahkan urusan para jemaah mendapat ganjaran pahala,” katanya.

Ketika ini butik terbabit beroperasi di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur dan bakal jemaah juga boleh turut membeli melalui atas talian di http://www.fitrahalhajj.my.

Melalui anugerah yang pernah diterima dalam bidang perniagaan, Fitrah Al Hajj akan terus berusaha membantu jemaah haji dan umrah mencapai perjalanan rohani mereka dengan mudah serta selesa. – AlHijrah Online

Leave a Reply