Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU BESAR DITAHAN TERLIBAT KES RASUAH

DALAM NEGARA

GURU BESAR DITAHAN TERLIBAT KES RASUAH

Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat aktiviti meminta dan menerima wang rasuah bernilai lebih RM10,000 pada 2022.

JOHOR BAHRU: Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat aktiviti meminta dan menerima wang rasuah bernilai lebih RM10,000 pada 2022.

Suspek lelaki berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 pagi tadi di pejabat SPRM Cawangan Kluang selepas hadir bagi memberikan keterangan.

Suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah tempatnya bertugas.

Ianya sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ujarnya suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading