Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL BOM GAZA LAGI, KEGANASAN MENINGKAT AKIBAT KEMATIAN KHADER

DUNIA

ISRAEL BOM GAZA LAGI, KEGANASAN MENINGKAT AKIBAT KEMATIAN KHADER

GAZA: Tentera Israel semalam kembali mengganas di Gaza dengan serangan bom dan berbalas tembakan dengan pejuang Palestin susulan keganasan memuncak selepas kematian rakyat Palestin dalam tahanan Israel yang dilapor akibat mogok lapar.

Serangan Israel di Gaza. — AFP

GAZA: Tentera Israel semalam kembali mengganas di Gaza dengan serangan bom dan berbalas tembakan dengan pejuang Palestin susulan keganasan meningkat selepas kematian rakyat Palestin dalam tahanan Israel yang dilapor akibat mogok lapar.

Zionis mendakwa Gaza diserang dengan tembakan ‘kereta kebal’ sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari Palestin.

Keganasan di Gaza memuncak beberapa jam selepas Khader Adnan, 45, meninggal dunia selepas hampir tiga bulan ditahan di Tebing Barat kerana hubungannya dengan kumpulan pejuang Islam.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyifatkan kematian Khader sebagai ‘pembunuhan yang disengajakan’.

Beliau mendakwa Israel telah membunuhnya ‘apabila menolak permintaan untuk dibebaskan, mengabaikan aspek perubatan dan menahannya di dalam sel, walaupun mengalami masalah kesihatan serius’.

Israel mendakwa, sebaik berita kematian Khader tersebar, tiga roket dilancarkan pejuang dari Gaza sebelum 22 roket lagi dilepaskan sebagai serangan balas terhadap tembakan kereta kebal milik Israel.
Menurut Hamas dan kumpulan Jihad Islam dalam kenyataan bersama, bedilan roket itu adalah ‘tindak balas awal’ bagi kematian Khader.

Setakat ini tiga mangsa dilaporkan cedera akibat terkena serangan berhampiran sempadan Gaza. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading