MURID, GURU, KUMPULAN PELAKSANA DIBENAR PAKAI BAJU SUKAN SEMASA CUACA PANAS
PUTRAJAYA: Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
Kementerian Pendidikan sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara. — Bernama
PUTRAJAYA: Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
KPM dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.
“Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana,” katanya.
KPM berkata pihak kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara.
“Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan,” kata KPM.
Melalui surat siaran Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan bawah KPM Semasa Cuaca Panas bertarikh 28 April 2023 yang dikeluarkan sebelum ini, pentadbir dibenarkan menutup sekolah jika cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Menerusi garis panduan yang berkuat kuasa serta-merta itu, institusi pendidikan di bawah KPM termasuk sekolah dibenarkan ditutup jika kawasan mereka diisytiharkan ‘heatwave’ (gelombang haba) oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia).
Menurut garis panduan itu, semua aktiviti luar yang melibatkan murid, guru dan pensyarah perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.
Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama adalah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked