Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI TUJUH TAHUN HILANG JATUH SUNGAI

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI TUJUH TAHUN HILANG JATUH SUNGAI

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali berhampiran Desa Alam Ria, Hulu Selangor hari ini.

JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali berhampiran Desa Alam Ria, Hulu Selangor di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dan kejadian berlaku sekitar 7.15 malam tadi (Rabu).

“Operasi dilakukan oleh anggota penyelamat menggunakan teknik ‘water surface seaching’ di laluan sungai, kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri terjatuh,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 11.30 malam dan akan disambung semula pagi esok (6 Julai).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading