Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KABEL ELEKTRIK PENCAWANG TNB TERBAKAR

DALAM NEGARA

KABEL ELEKTRIK PENCAWANG TNB TERBAKAR

Sebuah kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air ketika usaha pembaikan di kawasan pencawang tersebut sedang dijalankan.

Media Sosial

KUALA LUMPUR: Sebuah kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, di sini, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air ketika usaha pembaikan di kawasan pencawang tersebut sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Hamdan Ali berkata bomba menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 8.52 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan kabel elektrik TNB yang terkena air menyebabkan percikan api susulan kerja-kerja pembaikan oleh pihak TNB.

“Kabel elektrik TNB berkenaan sedang dibaiki oleh pihak TNB serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubung malam ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading