Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NELAYAN WARGA EMAS MAUT, SEORANG LAGI HILANG DI PERAIRAN SUNGAI BESAR

DALAM NEGARA

NELAYAN WARGA EMAS MAUT, SEORANG LAGI HILANG DI PERAIRAN SUNGAI BESAR

Mayat mangsa, Kamarudin Che Om, 65, ditemui kira-kira jam 9.35 pagi tadi manakala seorang lagi mangsa yang turut dilaporkan hilang belum ditemui.

SABAK BERNAM: Seorang lelaki ditemukan maut selepas disyaki hilang di perairan Sungai Besar, petang semalam.

Mayat mangsa, Kamarudin Che Om, 65, ditemui kira-kira jam 9.35 pagi tadi manakala seorang lagi mangsa yang turut dilaporkan hilang belum ditemui.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat mangsa yang juga seorang nelayan itu telah ditemui nelayan lain pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani.

“Mangsa telah dibawa ke jeti dan identiti mangsa telah disahkan oleh keluarga mangsa yang turut berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Semalam, dua sekawan nelayan termasuk seorang warga emas diysaki hilang di perairan Sungai Besar. 

Kehilangan kedua-dua nelayan itu dilaporkan oleh menantu seorang daripada mangsa, katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading