KECEDERAAN LECUR BELLA DISEBABKAN AIR TERMOS TUMPAH, BUKAN MESIN PENAPIS AIR – SAKSI
Seorang penghuni Rumah Bonda hari ini mengakui bahawa kecederaan melecur dialami remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukannya daripada mesin penapis air.
KUALA LUMPUR: Seorang penghuni Rumah Bonda hari ini mengakui bahawa kecederaan melecur dialami remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukannya daripada mesin penapis air.
Yasmin Nahar Mahmood, 19, bersetuju dengan cadangan peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bahawa Bella bermain dengan termos itu yang berada di bilik dobi sebuah kondominium di Wangsa Maju sebelum air termos tertumpah dan terkenanya.
Semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam, saksi pendakwaan kelima itu juga bersetuju dengan cadangan Nurul Hafidzah bahawa beliau juga ada memberitahu perkara sama (air termos tumpah) ketika memberi keterangan kepada pihak polis di lobi kondominium pada 7 Julai 2021.
Nurul Hafidzah: Setuju atau tidak air termos yang tertumpah, bukannya air daripada mesin penapis air.
Yasmin: Setuju.
Pada prosiding sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun menyuruhnya menyimbah air panas yang diambilnya daripada mesin penapis air ke atas Bella sebanyak tiga kali seminggu menggunakan cawan plastik yang tidak bertangkai berwarna kuning dan picagari.
Disoal peguam adakah punca tumpahan air daripada termos disebabkan Bella bergaduh dengan seorang lagi penghuni dikenali sebagai Balqis selepas remaja sindrom Down itu menghabiskan pencuci muka dan makanan ringan milik Balqis, Yasmin menjawab, tidak pasti.
Yasmin bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan seorang lagi peguam Siti Bainun, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor bahawa hanya termos yang dirampas oleh seorang pegawai polis semasa pegawai itu datang ke kondominium berkenaan.
Nur A’minahtul Mardiah: Tiada mesin penapis air dan pemanas air yang dirampas.
Yasmin: Tidak setuju.
Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan Nur A’minahtul bahawa kejadian mengikat Bella serta tidak mahu memberi air minuman kepada remaja itu dilakukan olehnya dan disaksikan oleh seorang penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Siti.
Saksi itu turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam berkenaan bahawa keterangannya di mahkamah adalah rekaan bertujuan untuk memastikan Siti Bainun dipenjarakan.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berhubung kewujudan kain yang didakwa disumbat pada mulut Bella oleh Siti Bainun, saksi itu berkata dia tidak memaklumkan atau menceritakan kepada pihak polis mengenai perkara itu selepas Siti Bainun mengarahkannya supaya tidak berbuat demikian.
“Kalau cerita (pada polis) saya kena marah, saya tidak percaya kepada mana-mana pihak pun, kain itu sudah busuk…kain sudah buang,” kata saksi itu.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked