Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS CARI PENUNGGANG MOTOSIKAL CUBA BALING TOPI KELEDAR

DALAM NEGARA

POLIS CARI PENUNGGANG MOTOSIKAL CUBA BALING TOPI KELEDAR

SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang cuba membaling topi keledar ke arah kenderaan lain di Lebuh Raya Jalan Temiang-Pantai di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian terbabit yang dipercayai berlaku semalam berjaya dirakam kamera papan pemuka dan tular di media sosial.

Insiden dipercayai berlaku selepas kenderaan berkenaan membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan lebuh raya tersebut.

“Siasatan awal mendapati terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di laluan kecemasan di lokasi kejadian.

“Dalam pada masa yang sama, rakaman video tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan dan di bawah Seksyen 268 (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.

Dalam pada itu Nanda berkata pihak polis sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di Jalan Temiang-Pantai bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading