LELAKI TAYANG PISTOL MAINAN SEMASA MEMANDU DITAHAN
Polis menahan seorang lelaki yang menayang pistol mainan melalui tingkap kereta semasa memandu berhampiran pusat beli-belah One Utama menghala ke Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong, petang semalam.
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang menayang pistol mainan melalui tingkap kereta semasa memandu berhampiran pusat beli-belah One Utama menghala ke Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tindakan suspek berusia 28 tahun itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya lain dan kejadian berlaku sekitar jam 6.15 petang.
“Pada jam 7.03 malam 29 Mei lalu, polis menerima laporan berkenaan seorang lelaki yang sedang memandu kereta jenis Proton Wira berwarna merah mengeluarkan pistol dari tingkap dan menghalakan ke atas.
“Bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 10 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya telah menahan seorang lelaki tempatan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan mendakwa pistol berkenaan merupakan pistol mainan.
“Suspek mendakwa bahawa pistol mainan berharga RM2.40 itu adalah milik anak buahnya yang berumur empat tahun dan mendakwa sedang bermain dengan anak buahnya itu ketika kejadian,” katanya.
Polis bertindak merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dan pistol mainan berwarna hitam-coklat untuk membantu siasatan.
Suspek yang juga mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah itu direman dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 26 Akta Senjata 1960.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager