Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEJUTAN DEMI KEJUTAN MINGGU KELIMA AKADEMI QURRA’ 2024

DALAM NEGARA

KEJUTAN DEMI KEJUTAN MINGGU KELIMA AKADEMI QURRA’ 2024

Minggu kelima program realiti Akademi Qurra’ 2024 disajikan dengan pelbagai kejutan.

Tilmizah Sholihah (kiri) dan Tilmizah Busyra (kanan). Gambar: Berita AlHijrah

KUALA LUMPUR: Minggu kelima program realiti Akademi Qurra’ 2024 disajikan dengan pelbagai kejutan.

Antaranya Tilmizah Busyra, mengumumkan penarikan dirinya daripada meneruskan perjuangan atas faktor ingin menunaikan ibadah umrah.

Kejutan lain adalah kemasukan semula Tilmizah Sholihah selepas Ustaz Tarmizi Haji Ali melakukan undi masuk bagi peserta yang telah tersingkir.

Tilmiz Arif, Tilmizah Firza dan Tilmizah Athiyyah turut diadili namun tidak berjaya untuk kembali pada minggu keenam.

Minggu ini juga turut menyaksikan rombakan para peserta dengan Mudarris dan Mudarrisah masing-masing.

Pada minggu keenam nanti, Mudarris Ammar akan menanungi Tilmizah Ain Syafa, Tilmiz Luqman dan Tilmiz Dr. Adlee.

Manakala Mudarrisah Nadiah, peserta yang berada di bawah didikannya merupakan Tilmiz Nabil, Tilmiza Amnan dan Tilmizah Sholihah.

Peserta yang berada di bawah Mudarrisah Suhailah pula adalah Tilmizah Sofea, Tilmiz Taufiq dan Tilmiz Syahira.

Terdahulu, Tilmizah Syahira dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang wang tunai RM500 berserta rehal.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading