Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELUARGA SABARI BUAT SOLAT JENAZAH GHAIB

DALAM NEGARA

KELUARGA SABARI BUAT SOLAT JENAZAH GHAIB

Keluarga pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, akan mengadakan solat jenazah ghaib susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Padang Terap dekat sini dihentikan pada petang Rabu.

Sumber gambar: BERNAMA

JITRA: Keluarga pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, akan mengadakan solat jenazah ghaib susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Padang Terap dekat sini dihentikan pada petang Rabu.

Isterinya Subhiah Roslina Shahibi, 57, berkata pihak keluarga akan menguruskan perkara itu sejurus beliau tiba di Kuala Lumpur nanti.

“Pihak Felcra, biro agama, surau dan masjid tempat arwah tinggal pun dah mula buat solat jenazah ghaib. Keluarga kami reda SAR dihentikan. Tapi jika orang-orang kampung masih nak berusaha teruskanlah (pencarian),” katanya kepada pemberita selepas melawat Jambatan Sungai Empa dekat sini bersama ahli keluarganya.

Subhiah Roslina yang juga petugas Felcra mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR  dan bersyukur kerana berpeluang mengikuti operasi itu sehingga tamat semalam.

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 Sept lepas dan kereta Proton Waja dinaikinya  ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Polis pada Isnin mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat dan dua lelaki berusia 26 serta 38 tahun ditahan Jumaat lepas bagi membantu siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading