Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERACUNAN MAKANAN GOMBAK: 15 TERMASUK PENGUSAHA KATERING DIRAKAM KETERANGAN

UTAMA

KERACUNAN MAKANAN GOMBAK: 15 TERMASUK PENGUSAHA KATERING DIRAKAM KETERANGAN

Polis telah merakam keterangan 15 individu termasuk pengusaha katering bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 8 Jun lepas.

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan 15 individu termasuk pengusaha katering bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 8 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mereka yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga mangsa, pakar patologi, penyedia makanan dan pembekal.

“Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu dirakam keterangan setakat ini dalam membantu siasatan adalah seramai 15 individu dan tindakan hari ini untuk merakam keterangan mangsa-mangsa keracunan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu lepas, polis telah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan dalam kejadian keracunan makanan di Gombak, di sini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak itu yang melibatkan 30 sekolah rendah pada 8 Jun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu berkaitan yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.

Sebelum ini jabatan itu memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan makanan pada program tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading