KERAJAAN PERPADUAN TERUS PERKASA MARTABAT SYIAR ISLAM, PEMBANGUNAN UMAT
Usaha memartabatkan syiar Islam dan pembangunan umatnya terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan menerusi pelbagai agenda yang dirangka selaras Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Usaha memartabatkan syiar Islam dan pembangunan umatnya terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan menerusi pelbagai agenda yang dirangka selaras Perlembagaan Persekutuan.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Yusri Mohamad Ramli berkata ia dibuktikan dengan kerjasama rapat Raja-Raja Melayu dan kerajaan dalam memelihara kepentingan umat Islam menerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Beliau berkata MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mendapat pengawasan langsung oleh Majlis Raja-Raja, serta timbalan pengerusi merupakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat sebagai sebuah badan syura berwibawa dan berperlembagaan.
“Perkara ini menggambarkan kerjasama rapat Raja-Raja Melayu dan Kerajaan Perpaduan yang menjadi jantung rakyat dalam memelihara kepentingan umat Islam dan mengelak Islam daripada terus dipolitikkan mahupun diancam oleh mana-mana pihak.
“Kerjasama erat raja dan kerajaan ini merupakan perlambangan bahawa tingginya kedudukan Islam di negara ini sekali gus memberi keabsahan agama Islam sebagai agama rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya kepada Bernama.
Yusri berkata komitmen kerajaan untuk membangunkan umat Islam juga dapat dilihat menerusi usaha mengarusperdanakan pendidikan tahfiz menerusi Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0, Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz dan peruntukan tambahan RM150 juta kepada sekolah tahfiz dan institusi pondok yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Beliau melihat dasar dan bantuan kewangan itu sebagai pelaburan masa depan bagi perkembangan pendidikan tahfiz di negara ini yang antara lain dapat memastikan pusat tahfiz beroperasi dengan baik dan mempunyai kemudahan lebih selesa buat pelajar.
“Sejak puluhan tahun sebelum ini pendidikan tahfiz sering dianggap ‘kelas kedua’ dan mengharapkan bantuan kewangan pelbagai pihak untuk menguruskan pengoperasian yang mana turut memberi impak kepada keselesaan dan keselamatan pelajar.
“Namun dengan tumpuan diberikan kerajaan, kini tahfiz dilihat sebagai pemacu untuk melahirkan lebih ramai pakar agama yang turut mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan tuntutan semasa sekali gus melahirkan ilmuan yang berpandukan Islam,” katanya.
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr Muhammad Nur Manuty pula berkata Kerajaan Perpaduan begitu cakna untuk menyebarkan pendidikan Islam dan Perdana Menteri sendiri menganjurkan banyak majlis ilmu termasuk menjemput ulama dan ilmuan tersohor di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya untuk berkongsi pengetahuan Islam.
Malah kerajaan juga pernah menganjurkan program Selawat dan Munajat Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 15,000 orang pada awal tahun ini yang dilihat merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan ulama.
“Kesan program seumpama ini bukan sekadar menampakkan Islam sebagai simbol agama, malah menjadi pedoman yang boleh diikuti masyarakat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian yang mana ini tujuan utama sebagai umat Islam,” katanya.
Muhammad Nur berkata komitmen kerajaan dalam memartabatkan Islam juga diterjemahkan menerusi Belanjawan 2023 dengan memperuntukkan RM150 juta bagi menyelenggara sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar.
Katanya kerajaan juga menaikkan elaun 35,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100 menjadikan jumlah kepada RM1,100 dengan peruntukan RM40 juta, selain sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir, dengan peruntukan lebih RM40 juta. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests