Orang ramai terutamanya golongan B40 kini boleh mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kemalangan diri, dengan sumbangan bulanan serendah RM5 atau RM36 setahun termasuk cukai jualan menerusi Pakej RAHMAH Insurans dan Pakej RAHMAH Takaful.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan aplikasi mobile IP2U semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bulan Jun 2023 dan pelancaran Jenama Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful bersama ALLIANZ Malaysia dan ETIQA hari ini di KPDN, Putrajaya. fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Orang ramai terutamanya golongan B40 kini boleh mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kemalangan diri, dengan sumbangan bulanan serendah RM5 atau RM36 setahun termasuk cukai jualan menerusi Pakej RAHMAH Insurans dan Pakej RAHMAH Takaful.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pakej perlindungan diri RAHMAH itu, ditawarkan syarikat insurans dan takaful Etiqa General Insurance Bhd dan Etiqa General Takaful Bhd.
Beliau berkata pelan insurans kemalangan diri RAHMAH yang ditawarkan itu, termasuklah pampasan kepada peserta yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit, atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai sehingga RM80,000.
“Pelan ini layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 hingga 65 tahun, dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta melancarkan pakej perlindungan diri RAHMAH di sini hari ini.
Salahuddin berkata Allianz General Insurance Malaysia Bhd juga menawarkan pakej RAHMAH antaranya Insurans PerlindunganKu Allianz4All, yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000, dengan premium tahunan pada kadar RM53.00 dan RM79.50 termasuk cukai jualan, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan.
Beliau berkata menerusi pakej tersebut, pemegang polisi juga boleh menikmati dua manfaat tambahan iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir sehingga RM750, bergantung kepada pelan yang dipilih tanpa kos tambahan.
Allianz General turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus, yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal, serta pendapatan hospital, dilaksanakan melalui polisi insuran kenderaan motosikal berdasarkan kepada kapasiti enjin yang didaftarkan.
Turut diperkenalkan adalah polisi Allianz MotorcyclePlus Komprehensif bagi motosikal dengan kapasiti 250cc dan ke bawah, yang menawarkan perlindungan Peril Khas dan Bantuan Tepi Jalan sehingga 50 kilometer dan Faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos, di samping perlindungan sedia ada yang dinikmati oleh pelanggan Allianz MotorcyclePlus.
Salahuddin berkata pakej insurans dan takaful itu, menyasarkan individu terlibat dalam ekonomi gig serta menunggang motosikal seiring dengan Program Payung RAHMAH, agar turut meliputi segmen perlindungan diri dan harta benda seperti kenderaan bermotor.
Beliau berkata pelan yang ditawarkan melalui kedua-dua inisiatif berkenaan, mendorong membantu lebih ramai rakyat terutamanya golongan B40 untuk memiliki perlindungan insurans atau takaful pada masa hadapan, untuk perlindungan diri yang sewajarnya pada harga murah.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager