LAPORAN HAK ASASI: MODI SANGKAL WUJUD DISKRIMINASI AGAMA DI INDIA
Perdana Menteri India, Narendra Modi menafikan wujudnya diskriminasi terhadap kumpulan minoriti di negara itu, biar pun banyak laporan yang mendakwa aktiviti sedemikian oleh pelbagai kumpulan hak asasi termasuk yang dikeluarkan pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
WASHINGTON: Perdana Menteri India, Narendra Modi menafikan wujudnya diskriminasi terhadap kumpulan minoriti di negara itu, biar pun banyak laporan yang mendakwa aktiviti sedemikian oleh pelbagai kumpulan hak asasi termasuk yang dikeluarkan pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
Modi menyangkal dakwaan itu dalam sidang media bersama Presiden AS, Joe Biden dalam lawatannya ke negara kuasa besar itu sejak kelmarin.
Biden memaklumkan, beliau ada membincangkan isu hak asasi dan nilai demokratik sewaktu pertemuan empat mata dengan Modi, di The White House sebelum itu.
Pada sidang media bersama itu, Modi turut ditanya, apakah langkah yang diambil pihaknya dalam memperbaiki hak penduduk Islam dan kumpulan minoriti di India.
“Tiada apa yang perlu ditambah baik,” jelas Modi.
“Perlembagaan dan kerajaan India telah membuktikan demokrasi boleh dilaksanakan. Maksudnya dari aspek kasta, akidah, agama dan jantina, tiada ruang untuk berlakunya diskriminasi (di bawah kerajaan saya).”
Dalam laporan hak asasi dan kebebasan beragama, Jabatan Negara AS mengutarakan isu diskriminasi secara sistemik India terhadap penduduk beragama Islam, Hindu Dalits (kasta terendah Hindu), Kristian dan penganut agama minoriti lain.
Laporan sama turut menyebut layanan buruk terhadap wartawan dan pengamal media.
Para penyokong hak asasi dan puluhan penggubal undang-undang dari parti Demokrat yang turut diwakili Biden mendesak Presiden AS itu mengutarakan isu berkenaan secara umum kepada Modi.
Semalam (Khamis) turut berlangsungnya protes di luar The White House, sempena kehadiran Modi.
“Modi sepatutnya berfikir mengapa isu itu (diskriminasi dan hak asasi) dibangkitkan dan menjadi soalan pertama dalam sidang media. Itu jelas menunjukkan memang wujud penindasan hak asasi di India,” jelas Ajit Sahi, peserta protes di luar pekarangan The White House.
“Dakwaan Modi bahawa tiada diskriminasi agama oleh kerajaannya adalah satu pembohongan,” menurut Raqib Hameed Naik, pengasas Hindutva Watch, sebuah kumpulan pemerhati laporan berhubung serangan ke atas minoriti di India.
Kebelakangan ini media antarabangsa kerap melaporkan insiden perobohan binaan dan hartanah milik penduduk Islam di India.
Pihak berkuasa menggunakan alasan binaan-binaan itu sebagai tidak sah dan melanggar peraturan.
Turut dilaporkan, larangan memakai hijab di sekolah-sekolah di Karnataka, negeri yang ditadbir parti BJP yang dipimpin Modi. -Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked